Persatuan Doktor Falsafah Malaysia

D. Ahli Aspirasi Doktor Falsafah

i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 23 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Terbuka
iv. Keturunan/Bangsa : Terbuka
v. Jantina : Terbuka
vi. Agama : Terbuka
vii. Contoh Kod Nombor Keahlian MDA : APG 0000
viii. Kriteria Keahlian Yang Lain :
(a) Individu yang beraspirasi untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah doctor falsafah atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (JPA Malaysia) dari mana-mana institusi kebangsaan dan/atau Antarabangsa.
(b) Individu yang memegang ijazah sarjana atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (JPA Malaysia) dari mana-mana institusi kebangsaan dan/atau Antarabangsa.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.